CARA NAK DAPATKAN TRANSKRIP MUET YANG HILANG

ATTENTION : sesiapa yg telah KEHILANGAN SLIP MUET, ini care penyelasaiannye...

KEHILANGAN SLIP KEPUTUSAN

(a) Calon yang kehilangan slip keputusan MUET boleh memohon untuk mendapatkan Penyata Keputusan MUET yang sah daripada Majlis Peperiksaan Malaysia. Bayaran sebanyak RM20.00 (jika permohonan kali pertama) atau RM30.00 (jika permohonan kali kedua) atau RM50.00 (jika permohonan kali ketiga dan seterusnya) akan dikenakan.

(b) Pemohon hendaklah melengkapkan Permohonan Penyata Keputusan Peperiksaan STPM/MUET yang dapat diperoleh dan dicetak daripada laman Web Majlis Peperiksaan Malaysia www.mpm.edu.my.

(b) Penyata Keputusan MUET dapat diperoleh melalui cara yang berikut:
(i)Pos
Bayaran perlu dibuat dalam bentuk Wang Pos/Kiriman Wang/Bank Draf atas nama Ketua Eksekutif Majlis Peperiksaan Malaysia berserta dengan salinan Kad Pengenalan. Permohonan juga perlu disertakan dengan sampul surat berukuran 23cm x 32.5cm yang beralamat sendiri dan bersetem RM2.00 berserta bar code Posdaftar dalam Negeri bernilai RM2.20.


Penyata MUET akan diposkan kepada calon dalam tempoh sehari selepas permohonan diterima oleh Majlis Peperiksaan Malaysia. Permohonan yang tidak disertakan dengan perkara yang diminta pada perenggan di atas akan dianggap tidak lengkap.
(ii) Datang sendiri ke Majils Peperiksaan Malaysia

Bayaran boleh dibuat dalam bentuk wang tunai dan pemohon akan menerima Penyata MUET dalam tempoh setengah jam selepas permohonan diterima. Salinan Kad Pengenalan calon dan wakil perlu disediakan jika pemohon meminta wakil datang ke Majlis Peperiksaan Malaysia.



Laman Web Rasmi Majlis Peperiksaan Malaysia Mulai MUET tahun 2012 , ujian MUET akan dijalankan sebanyak tiga kali setahun, iaitu pada bulan Mac, Julai, dan November.
2 for comment "CARA NAK DAPATKAN TRANSKRIP MUET YANG HILANG"

Saya xbape nak phm la cara antar gune pos 2.. Kire nyer saya kena letak skali wang pos 2 bersama borang n slinan ic dlm 1 smpul surat 2 ek? Mmg kena ikot ek saiz n hrge setem n bar code 2? Sowie byk tnye..:(

Sy pun pening pasal wang pos n barcode 2..

Powered by Blogger.
 
Copyright © 2014 AidaDanDia - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info