CARA-CARA NAK MOHON PTPTN...

  aida nak share kepada pelajar2 baru nak memohon PTPTN..llagi to my temok yang x tao mcn ne nak mohon...
Permohonan Secara Online
   Cara memohon pembiayaan pendidikan adalah seperti berikut :

  • Pemohon hendaklah memohon pembiayaan pendidikan secara dalam talian (online) melalui Laman Web Permohonan Pembiayaan Online di alamat http://www.ptptn.gov.my . (akan kua laman mcm di bawah)
korang klik yang tengah2 ok...
 bila dah kelik akan kua mcm ni plak...

tarikh n mase tu koank ekot yang terdapat kat slip BSN koank tu k...bukan tarikh or mase skunk ni...
yang x faham lagi nak mohon...klik je keyh..KLIK

ni link untuk panduan perjanjian ptptn...koank kene print n hantar pas koank dah isi on9..KLIK 

NI JADUAL TARIKH NK MOHON PTPTN MENGIKUT UNIV MASING2..KLIK
  • Pemohon hanya dibenarkan memohon berpandukan  tarikh yang telah ditetapkan mengikut  IPT masing-masing. Panduan tarikh untuk membuat permohonan mengikut IPT berkaitan boleh dirujuk di dalam Laman Web PTPTN (http://www.ptptn.gov.my).
  • Pemohon perlu membeli No PIN bernilai RM 5.00 di semua cawangan Bank Simpanan Nasional melalui 3 saluran dibawah sebelum membuat pendaftaran kali pertama permohonan pembiayaan pendidikan  iaitu:-
  1. Kaunter
  2. Mesin Teller Automatik ( ATM )
  3. Mesin Deposit Tunai ( CDM )
No PIN hanya sah 6 bulan selepas tarikh daftar permohonan( Pendaftaran Kali Pertama )
  • Pemohon hendaklah mendapat tawaran kemasukan ke IPT sebelum memohon pembiayaan pendidikan.
  • Pemohon perlu mempunyai nombor akaun individu mengikut bank yang telah ditetapkan oleh IPT masing-masing kecuali kepada pemohon yang mengikuti pengajian di IPT yang memberi kemudahan pra-pembukaan akaun bank untuk pelajarnya.
  • Bagi pemohon yang melanjutkan pengajian ke peringkat Sarjana/PhD (Sepenuh Masa) di bawah pembiayaan Pakej Rangsangan Ekonomi Kedua (Bajet Mini) dari Kementerian Pengajian Tinggi, pemohon hendaklah memilih nama kursus pengajian yang bermula dengan perkataan “Bajet Mini” di Butiran Nama Program/Kursus
  • Pemohon boleh menyemak keputusan permohonan pembiayaan PTPTN di Laman Web Permohonan Pembiayaan Online  bermula hari ke - 6 (hari bekerja) selepas tarikh tutup permohonan online yang telah ditetapkan oleh PTPTN.
  • Pemohon yang berjaya ditawarkan pembiayaan PTPTN perlu melayari Laman Web Permohonan Pembiayaan Online untuk mencetak dokumen yang disenaraikan.
  • Pastikan komputer anda mempunyai program ‘Adobe Acrobat Reader’ untuk tujuan cetakan dokumen. Program tersebut boleh dimuat turun daripada laman web http://www.adobe.com/products/acrobat/. Sila klik pada ikon ‘Get ADOBE READER’ dan ‘Install’ di komputer anda.
  • Dokumen yang tersenarai dibawah hendaklah dicetak dengan menggunakan kertas berwarna putih yang bersaiz A4 (80 gsm). Cetakan hanya dibenarkan pada satu muka sahaja untuk setiap helaian ( bagi satu-satu muka surat ). Dakwat cetakan hendaklah berwarna hitam.

  1. Sediakan 2 set (dibenarkan 1 set cetakan komputer dan 1 set salinan fotostat) Surat Tawaran Pembiayaan Pendidikan (beserta Akuan Penerimaan, Surat Kebenaran 1, 2, 3 dan 4). Sila lengkapkan dan tandatangan kedua-dua set dokumen berkenaan **.
  2. Sediakan 2 set (dibenarkan 1 set cetakan komputer dan 1 set salinan fotostat) dokumen Perjanjian Pembiayaan Pendidikan. Sila lengkapkan dan tandatangan kedua-dua set dokumen berkenaan **.
  3. Sediakan 2 set (dibenarkan 1 set cetakan komputer dan 1 set salinan fotostat) Lampiran Perjanjian Pembiayaan Pendidikan. Pelajar dikehendaki untuk   ditandatangan ringkas di setiap muka surat pada ruangan yang disediakan di bahagian bawah dokumen berkenaan**;
  4. Sediakan2 keping setem hasil yang bernilai RM10.00 setiap satu Dokumen Perjanjian Pembiayaan Pendidikan yang telah disempurnakan, hendaklah dilekatkan dengan setem hasil bernilai RM10.00 di sudut atas kanan  pada muka depan setiap set dokumen perjanjian. (RUJUK LAMPIRAN A PADA DOKUMEN PERJANJIAN PEMBIAYAAN ) 

 Nota**
Setiap set dokumen yang dilengkapkan adalah untuk tujuan simpanan dan rujukan  Penerima Biaya dan PTPTN.


Penerima biaya juga perlu mengemukakan bersama  SATU (1) SALINAN dokumen sokongan yang telah DISAHKAN / DITANDATANGANI seperti berikut:

  • Maklumat Permohonan Pembiayaan yang boleh dicetak di butang CETAK MAKLUMAT di dalam laman Web Permohonan Online yang telah didaftarkan sebelum ini. - dokumen ini tidak perlu disahkan.
  • Salinan Kad Pengenalan Penerima Biaya. Salinan fotokopi muka hadapan dan belakang kad pengenalan tersebut perlu dilakukan pada muka surat yang sama.
  • Salinan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM / SPMV). Slip transkrip keputusan peperiksaan SPM / SPMV hanya sah untuk digunakan sekiranya tidak melebihi tempoh 2 tahun dari tahun peperiksaan diambil.
  • Salinan Surat Tawaran Kemasukan ke IPT. Surat tawaran yang diperolehi melalui cetakan internet / portal IPT perlu disahkan oleh Pegawai Kumpulan A daripada IPT pelajar berkenaan sahaja.
  • Salinan Buku akaun (muka surat yang tercatat nombor akaun) / Slip Deposit Bank / Pengesahan nombor akaun persendirian mengikut bank yang telah ditetapkan oleh IPT. Dokumen ini hanya perlu disediakan sekiranya berlaku kesilapan no akaun pada Dokumen Perjanjian Penerima Biaya.
  • Salinan Transkrip keputusan peperiksaan dan sijil kelayakan masuk lain. Contoh : STPM / Diploma / Matrikulasi/ Ijazah / Sarjana.
  • Salinan Slip Gaji / Borang Cukai Pendapatan ( Individu ) / Kad Pesara / Penyata Pencen / Surat Pengesahan Pendapatan / Surat Pengesahan Tidak Bekerja - PENJAGA PERTAMA (1).
  • Salinan Slip Gaji / Borang Cukai Pendapatan ( Individu ) / Kad Pesara / Penyata Pencen / Surat Pengesahan Pendapatan / Surat Pengesahan Tidak Bekerja -PENJAGA KEDUA (2).
  • Salinan Slip Gaji / Salinan Borang Cukai Pendapatan ( Individu ) / Surat Pengesahan Pendapatan -  PENERIMA BIAYA. (sekiranya penerima biaya masih bekerja)
  • Salinan Slip Gaji / Borang Cukai Pendapatan ( Individu ) / Surat Pengesahan Pendapatan / Surat Pengesahan Tidak Bekerja -  PASANGAN PENERIMA BIAYA. (sekiranya penerima biaya telah berkahwin)
  • Surat Pengesahan/ Surat Akuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat/ Pusat Zakat sekiranya penerima bantuan bulanan dari Agensi berkenaan- PENERIMA BIAYA/ IBU BAPA KANDUNG / PENJAGA.
  • Surat Pengesahan Pengalaman Kerja daripada Majikan. ( Bagi Penerima Biaya yang menggunakan pengalaman kerja sebagai salah satu syarat kelayakan masuk )


Bagi pelajar yang mengemukakan permohonan pada semester 2 dan ke atas, tambahan dokumen sokongan berikut diperlukan:

  • Surat Pengesahan masih belajar dari IPT; dan
  • Salinan keputusan peperiksaan setiap semester sebelumnya. (Setiap dokumen sokongan hendaklah difotostat dengan menggunakan kertas bersaiz A4 dan disahkan  pegawai yang layak. Maklumat mengenai pegawai yang layak mengesahkan dokumen boleh didapati daripada laman web PTPTN.)
25 for comment "CARA-CARA NAK MOHON PTPTN..."

banyaknyank kna buat sy bru ptma kali nk mohon ni...adoiii xreti la...i da folow u folow me bck okeyy

mmg nak kena beli num pin ptptn dlu ke?

yup, memng kene beli num pin dyer...

kalau yg foundation tu nak tulis program/kurus ptptn apa eh?

kalau dlm program asasi nak pilih apa utk nama program/kursus ptptn?

@Anonymous

asasi tak payah mohon ptptn coz dpat elaun

@maryam nasaruddin


foundation under swasta or kerajaan?
if kerajaan dapat elaun sendiri, lau swasta...aida x berapa pasti....

Kalau matrikulasi boleh mohon Pinjaman PTPTN tak ?

@aisah mohd


sekarang ni rase nyer dah wajib bukak sspn

salam nak tanya.. kalau univerisiti guna bank muamalat, adakah saya perlu memasukkan number akaun bank muamalat juga?? ataupon takpa untuk masukkan numbor akaun bank lain contoh bank islam?? konfius disitu minta diexplain kan dlm2 hehe.. thanks :)

ikut yang universiti nak pakai bank ape ea..kalau muamalat, so muamalat la...untuk ptptn la

Salam, nak tanya, di bahagian "Butiran Kursus" dia ade mintak nyatakan 'nama kursus ptptn'. Ape tu??

Salam, nak tanya, di bahagian "Butiran Kursus" dia ade mintak nyatakan 'nama kursus ptptn'. Ape tu?? Saya nk masuk degree Uitm

@nuaiman fikri

butiran kursus tu means ape nama kos yang dapat di uitm tu like ijazah sarjana muda kejuruteraan mekanikal dan pembuatan serta kepujian..xsilap saya la

assalam..nk tnya dokumen tu semua dia kasi dkt email ke mcm mne?trima ksih..(^^,)

@ Amalia Raudhah
kite print sendiri, dia bg kat nnti

Kalau time dip dulu dah mohon, kali ni nak mohon utk bacelor pulak..kena isi kali kedua @ pertama gak?

Time dip dah mohon, nak mohon utk ijazah sarjana muda pulak..kena mohon kali kedua @ pertama?

@Farhan Zukri MOHON UNTUK KALI KEDUA

knape no akaun dye ckp " NOMBOR AKAUN ANDA TIDAK LENGKAP ATAU TIDAK SAH. " .. ape ptot bwat??? da pnah ubah2..tp same je

6ber akaun sspn yg mane....6ber pin ptptn yg mane pulak.....

6ber akaun sspn yg mane
6ber pin ptptn yg mane pulak

law dye ckp nombor akaun sspn tidak sah@tidak lengkap..nk buat cmene ea.mohon explain detail..

Powered by Blogger.
 
Copyright © 2014 AidaDanDia - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info